Love U Guys

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh... Ehem2... Hari ni first day berpuase.. Dh ada yg ponteng ke??? Jangan.. Kalau yg perempuan xpe.. dikecualikan.. Bg lelaki2 kat luar sana tu.. jgn ponteng2 tau.. Xley wat calon suami nanti.. hehehhehe.. Dikesempatan ni, aku nak menyusun jari meohon ampun kepada korg2.. dan korg2 sumer kalau aku ada menyakiti korang tanpa disedari ataupun disengajakan.. Dan Selamat Berpuasa untuk seluruh umat Islam.. Tu je nk hapdate.. hehehhe.. xde modal nk membebel pnjang2.. t korang bosan lak.. ahakzz... Okaylah... PUASA TAU JGN PONTENG2... bubyeeee......





#Hayatilah....
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Saturday 16 June 2012

MERAPU MERABAN

Ulalala.. Assalamualaikum semua... Perghh.. agak lama giler jugak aku x peduli kat blog aku ni.. Da bersawang2 da ni.. Buknan aku malas okey, tapi kesempatan xde. ( Ley time x alasan tu?? ) hahaha.. Koramg sume amacam? ada sihat ka? Aku baru je baik dri demam ni.. ( alolololo.. kesian kan aku.. huk3 ) tp bukan demam bola EURO okay.. ini betul2.. bukan cobaan.. ahakz.. suda mula merepek ini admin.. ada aku kisah.. wakakakaka..

So, da terlanjur bercerita sal bola ni kan, korang sokong team mne?? n agak2 team mne yg menang ey? AKU?? Aku sokong team yg menang la.. hahahaha.. Xdela.. aku sokong team GERMAN, SEPANYOL, n NETHERLAND.. Kompom menang la.. hahahha... Tapi korang jgn nak men beating2 duit plak yer.. BERDOSA.... Cukup sekadar menyokong sahaja.. Tapi jgn smpai ada yg abaikan kerja plak.. Yela, game selalu start lewat mlm. Sam[pai ada yg x tido sbb nk tgok bola pastu esok... Ha mula la ponteng keje, tido kat tempat keje.. Ish2.. jgn amalkan yer kawan2... Nanti rezeki x masuk.. Yeayy...

Okayla, malas nak membebel panjang2.. cukup setakat ni je la yer.. ( sebenarnye da xde modal ) hik3... Nanti lau aku ase ada modal aku sare ngan korang2 sumer yer... bye2... tata titi tutu.. Mmmuuaahhxxx...

* MAJULA BOLA UNTUK NEGARA... :p
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Thursday 22 March 2012

Terima kasih


SINOPSIS

Dan tersebutkah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang santri. Muhammad Ayyas yang sebelumnya kuliah di Madinah ini berniat ingin mengerjakan tugas penelitian dari Dosen pembimbingnya yaitu mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.
Tibalah ia di Rusia dengan disambut oleh teman lamanya David. David inilah yang mencarikan apartemen tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan budget yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartemen yang strategis ternyata David hanya bisa mendapatkan sebuah apartemen yang berbagi dengan orang lain. Parahnya teman seapartemennya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.
Yelena seorang pelacur kelas atas dan Linor seorang pemain biola yang akhirnya diketahui sebagai agen rahasia Mossad adalah 2 wanita yang menjadi teman seapartemen Ayyas. Apartemen yang memiliki 3 kamar ini mengharuskan Ayyas harus selalu berinteraksi dengan keduanya di ruang tamu, dapur, dan ruang keluarga. Sungguh ini merupakan godaan keimanan yang dahsyat bagi Ayyas yang mencoba menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.
Godaan bagi Ayyas tidak hanya sampai di situ, dosen pembimbing yang dirujuk oleh dosennya di Delhi tidak bisa melakukan bimbingan ke Ayyas karena sesuatu hal, dia menyerahkan tugas bimbingan ini kepada asistennya. Dan ternyata sang asisten adalah seorang gadis muda jelita bernama Anastasia, seorang penganut kristen ortodoks yang sangat taat.
Interaksi yang intens sang asisten dengan Ayyas menimbulkan rasa simpati yang lebih di hati Anastasia kepada Ayyas. Ketertarikan itu pun kian hari kian menguat. Di lain pihak Yelena tengah dilanda konflik dengan sang mucikari dan Linor sang agen Mossad tengah menyiapkan rencana jahat kepada Ayyas, yaitu menyiapkan rekayasa fitnah sebuah pengeboman yang diarahkan agar Ayyas sebagai pelakunya.
Tiga wanita inilah yang mendominasi jalannya kisah dalam Bumi Cinta. Tidak ada konflik yang sedemikian hebat dalam kisah ini sebagaimana kita temui pada sosok Fahri yang sempat masuk penjara di Mesir, atau tokoh Furqon yang sempat terkena virus HIV. Di sini tokoh Ayyas hanya "nyaris" dipenjara karena difitnah melakukan pengeboman di Hotel Metropole oleh Linor.
Kisah ini juga dilengkapi dengan peristiwa pembantaian Zionis terhadap muslim Palestina di Sabra dan Sathila. Nuansa romansa memang terasa sangat kental di sini. Tiap halaman akan kita jumpai gejolak perasaan Ayyas atas wanita-wanita jelita yang dijumpainya.
 



SINOPSIS

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam. 
Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.
Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.
Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.
Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

P/S:  THANK U SO MUCH  ~OMAN~





Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Cinta Itu Milik Allah

Sebuah catatan buat renungan...

"...Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti....."

Bila anda bercinta. pastikan. ianya tulus dari hati. bukan dari rasa simpati. 

Bila anda bercinta. pastikan. ianya cinta dari Ilahi. bukan dari iblis dan jinni.

Bila anda bercinta. pastikan. ianya kekal abadi. bukannya permainan hati.

Bila anda bercinta. pastikan. anda hargai. bukan bila SUNYI baru mencari.


"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."  



p/s: Sekadar renungan buat diriku yang sering lupa...;) 
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 13 March 2012

Cinta pandang pertama.. Ada ke??

Assalamualaikum... Jawab jgn x jawab nanti dosa.. Korang tau x huku bg salam tu sunat dan hukum menjawab salam tu wajib?? So kalau korang x jawab salam yang diberi korang akan berdosa.. ( Sekadar berkongsi secebis pengetahuan ).. Korang sumer sihat x?? Kalu x cepat2 la g jumpa doktor okay.. Tapi sape2 yg demam rindu tu, kna g jumpa doktor cinta la jwbnye tu.. Hahaahaha..

Hurmm. Aku nak tnya korang la kan.. Korang percaya x pada CINTA PANDANG PERTAMA?? Korang tgok dia korang rasa da fall in love.. Wujud ke ek macam tu?? Tanpa kita kenali dia siapa, hati budi dia, tapi boleh jatuh cinta?? Logik tak bagi korang?? Bg aku itu bukan cinta.. Hanya perasaan suka.. Macam lelaki, tgok perempuan cantik trus ckp jatuh cinta.. No, its not love.. Suka dan cinta satu perkataan yang berneza dan makna yang berlainan.. Kita suka x semestinya kita cinta.. Tetapi dari suka la kita boleh jatuh cinta.. Korang faham x ape aku nak gtau ni?? Hah x faham?? Ayat aku berbelit2?? Adess.. Okay2 aku terangkan..

Bagaimana dari suka kita boleh jatuh cinta.. Bila kita suka seseorang, kita akan cuba mendekati dia.. Kita akan cuba mengenali dia.. Perangai dia.. Baik dan buruk dia.. Then bila kite dah kenal, kita serasi bersama dia, perlahan2 cinta akan berputik di hati.. Tapi kawan2 make sure si dia pun ada perasaan yang sama.. Kalu tak nanti kita yang bertepuk sebelah tangan.. Cintailah orang yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai kerana orang yang kita cintai akan meninggalkan kita bila dia jumpa orang yang dia cintai.. ( Aish mcm pening lak ayat aku ni.. Hahahaha )

So bagi aku, Cinta pandang pertama tu boleh tukar jadi SUKA PADA PANDANGAN PERTAMA.. Yelah x mungkin kita akan terus jatuh cinta pada orang yang kita x kenal.. Ini pendapat aku la.. Pendapat korang mungkin berbeza dengan aku.. So kalu korang free, share la pendapat korang kat sini.. Sharing is caring okay.. Hehehehe..

Note: Aku suka seseorang tapiiii.....
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday 11 March 2012

Cerita masa lapang...

Assalamualaikum.. Hye korang2 sumer.. Sihat?? Alhamdulillah semoga kesihatan kita sentiasa diberkati olehNya.. Sekarang da masuk bulan 3/2012.. Ya Allah cepat sungguh masa berlalu.. Sedar tak sedar sudah dua bulan berlalu... dan sedar x sedar jugak blog aku yang x seberapa ni dah mencecah 1tahun.. Weehuuu.. aku rasa baru je aku cipta blog aku ni... Emmm.. Yang ni sedih.. Sedar x sedar umur aku da nak masuk 24 tahun.. waaaaaa... Aku da tua ke?? Oh tidaakkkkkk.. umur saja meningkat.. Aku maintain muda.. hik3... ( xnak ngaku tu.. )..  Mak aku kat kg tu pun asal jumpa aku jer tanya bila nak kawen.. Bila nak kawen.. Ayoooo.... Mak, camne Amy nak kawen kalau calonnya xde?? Asyik kaple putus, kaple putus... Haih.. Masalh jugak ni.. Umur 24 tp still lagi xde BF.. Sedeynya idup aku.. Huk3.. ( Kesian kan.. ) 

Dalam masa beberpa bulan ni banyak yang terjadi lam idup aku.. Putus cinta, krisis dengam ayah aku.. ( yg ni pling aku sedey.. ) sebab ape, biarlah aku simpan sendiri.. :( ... Aku tak tahu pada siapa aku nak mengadu.. Pada mak aku? X bley sebab aku x nk mak aku kecewa.. Aku sygkan mak dan ayah aku.. Kalau boley sekecil kuman pun aku xnk sakiti hati mereka, tapi.. Aisshh... da masuk bab sedey plak.. Chill Amy.. Chill.. Da lari topic nih.. Back to line pleaseeee...... 

Okay da xmau cite sedey2... Haaaaa... Korang ingat tak aku masuk ERL bile?? Hah lupe?? Aishhh.. ape la korang ni.. Ce tgok entry aku yg lepas2.. Kan ada.. hehehehe.. Malas?? Okayla. Aku start keje kat ERL ni pada 03/10/2011.. N aku contract selama 6bulan baru confirm.. So skarang sudah masuk bulan ke 6.. Yeaaaa.... Aku hanya menunggu detik dan saat untuk diconfirmkan... Lepas tu gaji naik la beb... X sabar hoccay... Muahahaha.. Korang doa2kan la aku yer supaya x payah extend.. hehehehe... Tapikan, aku rasa sejak aku keje kat ERL ni, disiplin aku dah semakin okay.. Aku x lambat.. ( erk ada la tapi stakat ni baru 4kali.. hehehehe.. ) n aku baru skali MC sepanjang aku kerja di ERL.. Wahhh.. Majukan kalu nak kira aku keje dekat KTM tu, bley dikatakan tiap2 mnggu mesti ada lambat n tiap2 bulan mesti ada MC.. hahahaha.. Teruk kot aku dulu.. Tapi sekarang Alhamdulillah, aku semakin berubah.. Terima kasih Ya Allah.. Kerana memberi rezeki kepada aku.. 

Okay kat atas tu berita gembira, skang berita sedey plak.. Korang tau kan aku minat HIKING, tapi sejak aku join family ERL, aku da x berkesempatan tuk buat xtvt kegemaran aku ni.. Huk3.. Kadang2 jeles dengan member2 hiking aku.. Kalu dulu aku ada je dlm setiap gambar, skrang da xde.. Uwaaaaa.... Sedey kot.. Aku makin dilupakan.. Sob..sob..sob.. Aku harap bila aku da stabil keje di ERL ni, aku boley teruskan balik Xtvt ni.. Aku da rindu giler dengan alam ciptaan Allah S.W.T.. Udara yang segar, daun2 kehijauan, air yang mengalir jernih.. Ya Allah.. memang tiada tandingannya.. Allah itu maha berkuasa..

Cinta.. ah malas nak cite sal ni.. Jumpa di lain entry okay... hehehehe... Daaa... 

Note: Ditaip sewaktu kebosanan semasa menjaga kaunter... hehehehehe... memanfaatkan selagi boley.. :p



Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Wednesday 7 March 2012

Migrain

Assalamualaikum.. Hye korang2 sumer... sihat x hari ni?? Hope korang sume sihat la coz aku nk kongsi info kesihatan ni ngan korang.. Emm.. korang pernah x mengalami sakit kepala yang kronik atau dalam erti kata lain MIGRAIN?? Pernah?? Ape yg korang rasa bila migrain menyerang?? Mesti kepala korang berdenyut2.. Pening.. Rasa nak muntah kan?? Pada yang pernah mengalami migrain ni, n pada sesiapa je la, aku nak share info pasal migrain ni.. Layannn....

Migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.


NOTE: Sekiranya korang ada MIGRAIN cepat2la pergi jumpa doktor.. Jangan biarkan ia melarat takut akan meninggalkan kesan yg lebih teruk lagi.. 

~ Amiey Batrisya ~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 6 March 2012

12 Cara meningkatkan harga diri

Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan.
Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri . Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda .Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri .

1.Bina keyakinan diri .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya,bukan sekadar berangan-angan kosong saja .

2.Dampangi orang lain
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .

3.Elakkan diri daripada kesempurnaan
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi ,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda .

4.Jaga perawakan diri
Perawakan diri menjadi satu factor kritikal dalam pembinana harga diri .Anda tidask perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetrapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.Dapatkan kerehatan
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda boleh bersenam,bermeditasi,mendengar muzik ,bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perassan mendapat ketenangan .

6.Hormati diri
Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif .Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya ,fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa cirri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda .Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .

7. Utamakan diri
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda,untuk anda,setiap hari.

8.Cabar potensi diri
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar.Inilah caranya untuk mengujipotensi diri kerana cabaran itu ,anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh .

9.Cari keistimewaan diri
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah ,kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendaklikan .Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap

10.Jadilah seorang yang optismis
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu.Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan ?Nya .

11.Hindari sikap prasangka
Apabila rakan anda bertindak kasar ,anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu .Cuba dekati dan fahami perasaannya .

12 Bertindak sejajar dengan nilai
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku .Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda .Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya...





NOTE: Harga diri kita hanya boleh ditentukan oleh diri kita sendiri.. bukan sesiapapun.. Fikir-fikirkanlah.. 




Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Wednesday 29 February 2012

Jangan Biar Hati Derita

Aku serik.. Serik tuk bercinta.. Kenapa?? Sebab aku dah tak sanggup nak hadapi setiap kekecewaan. Bahagia hanya sementara, tetapi derita berpanjangan. Aku pun tak tau. Kenapa susah sangat tuk aku kecap kebahagian. Tapi aku sedar, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk aku. Dan aku harus bersabar tuk itu. Bercinta dan kecewa banyak memberi pengalaman dalam hidup aku. Dari situ aku belajar menjadi wanita yang lebih kuat. Yang mampu mengharungi setiap cabaran dugaan yang mendatang dalam hidup aku. Kerana aku tau Dia sentiasa bersama aku, memerhatikan aku.

Perjalanan cinta aku sentiasa berakhir dengan kekecewaan. Aku sendiri buntu. Aku sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai bahagia, tetapi mengapa aku tetap derita. Aku tak menyalahkan sesiapa, mungkin semua kekurangan datangnya dari aku. Aku pasrah. Kadang terfikir, biarlah aku sendiri, tanpa insan bergelar lelaki. Tetapi aku perempuan punyai naluri untuk dibelai, dimanjai. Ah.. aku tak tahu apa aku harus lakukan. Apakah aku harus mencari dan terus mencari atau menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba?? Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Aku tak ingin hatiku menderita lagi. Aku hanya ingin bahagia dalam hidup. Bercinta, berkahwin, hidup bersama insan yang ditakdirkan untuk aku. Dan aku menunggu untuk saat itu. Pada insan yang senasib dengan aku, bersabarlah kerana Allah itu maha adil....
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday 5 February 2012

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.








~ Salam Maulidur Rasul tuk semua.. Sama2 lah kita menghayatinya.. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya. AMIN.. 

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Wednesday 25 January 2012

Terlalu Mencintaimu




Sakit, perih, menusuk hatiku

Saat kamu ucap kata itu

Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat… Sayang…

~ Hargailah CINTA.. 



Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 24 January 2012

Bayangmu

kau yang selalu hadir di setiap ku menatap langit
bayanganmu yang selalu hadir disetiap anganku
wajahmu yang selalu menghantuiku
kau yang selalu hadir dalam mimpiku
apakah kau dapat melihatku?
apakah kau dapat mendengarku?
apakah kau sadar bahwa aku selalu ada untukmu?
apakah kau tau isi hatiku?
aku tau kau adalah miliknya
pernah kucoba untuk melupakanmu
tapi apa yang terjadi?
itu sangat berlawanan dari apa yang ku harapkan
semakin aku mencoba untuk melupakanmu
semakin sering bayanganmu hadir pada pandanganku
entah bagaimana caranya aku harus melupakanmu
dan kamu harus tau
bahwa aku sangat sangat menginginkanmu
hadir kedalam hidupku
dan memberi warna yang indah untukku…

~ I'm in LOVE...... ^_^

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Friday 20 January 2012

Perginya seorang selebriti...




KUALA LUMPUR 20 Jan. - Penyanyi Izwan Pilus telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 6:15 petang tadi akibat jangkitan kuman pada darah.
Berita pemergian abang kepada bintang Akademi Fantasia (AF7) Ariel ini telah disahkan beberapa rakan artis termasuklah Aznil Haji Nawawi dan Dato' Siti Nurhaliza melalui laman sosial Twitter masing-masing.
Kebanyakan rakan artis telahpun menggunakan laman tersebut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.
Namun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak keluarga Allahyarham Izwan Pilus.
Allahyarham dikenali dan mendapat perhatian peminat-peminat Artis tanah air menerusi lagu 'Kembali Senyum' yang merupakan lagu adaptasi Filem Korea 'Full House'.

~ Setiap yang hidup pasti akn pergi.. Al fatihah tuk arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin.. 

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday 15 January 2012

With LOVE...

Assalamualaikum.. Hai.. Korang sumer chat ke?? Alhamdulillah.. Dah lama aku tak update blog aku ni.. Dah bersawang da kot.. heheheh.. Almaklumlah skang dengan keje aku yang tak menetu n lappy aku plak da xde so, ssh aku nak berblog skang ni. Emm.. Pada sape2 yang tau nak bukak blog dengan BLACKBERRY ley x tolong ajarkan aku? Biase la buta it ckit.. hahahah.. Please2 sape yg tau ek..

Mungkin dah lambat tuk aku wish tapi aku tetap gak nak wish kat korang.. HEPPY NEW YEAR...  Semoga tahun ini lebih baik dari taun sebelumnya. Ape azam taun baru korang?? Aku?? Taun ni xde azam baru pun tapi just nak tunaikan azam2 aku dari taun2 lepas... hehehehehe..  ^_^


Okeylah aku stp kat cni dulu.. InsyaAllah ada masa nanti aku share lagi ngan korang.. Pada sape2 yang dah follow aku, tapi aku x follow balik just let me know k.. i will follow back.. Sayang korang sumer.. Wish korang happy always.. Muah.. :*




~ Amiey Batrisya ~
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...