Love U Guys

Saturday, 20 August 2011

Cuti yang membosankan!!

Assalamualaikum....

Hai sumer... ( rajin tol nak meng-hapdate blog aku ni.. hehehehe ).. Korang sumer sihat tak hari ni?? Hah demam? jangan lupe p klinik cepat2 ley mintak mc... muahahaha.. ( giler jahat.. ).. Hah korang sumer pose tak hari ni? Puase?? Alhamdulillah.. Syang r korang sumer... 
:)

Sebenarnya aku xde mende nak buat sebab tu la aku rajin sesangat nak membebel kat cni ni.. hehehehe... Aku off day hari ni.. Tapi... xtau nak pegi mana.. kakak aku, member aku sumer keje, so memerap la aku kat rumah mengadap lappy ni dari pagi tadi lagi... ( dah nak juling biji mata aku ni.. huhuhu ).. Nak kuar sopim pown gaji aku tak masuk lagi.. huk3... ( sedey.. ).. ke da sapa2 nak belanja aku ni?? hik3.. 

Huarghhh.. aku bosan, boring, bored, keboringan yang telah mencapai tahap maximun dah ni.. korang da pape cadangan tak nak ilangkan boring ni.. tolongla suggest kat aku ni.. tulunla.. tulun.. huhuhuhu..
Keje boring, duk umah pun boring.. Nak kuar jalan2 sorang2 lagi la boring.. kenapa la ada istilah borin g lam hidup ni ek? aduyaii... korang pernah tak alami ape yang aku alami skang ni??? tak pernah?? Ah tipu la tak pernah.. mesti r lam sehari tu pernah kan.. =p

Nak tengok tv pun takde cite best.. Astro?? Dah 2taun aku tak bayar... ( upsss... kantoi.. =p )..
Bukan tak nak bayar, p lau aku bayar pun bkan aku tengok pun.. Tv je manjang tengok aku.. hak3.. 
Korang jangan la report kat astro lak yer... ngeh3.. 

APA AKU NAK BUAT NI????


Hurmmm????

p/s: who wants to be my date??? <3

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Friday, 19 August 2011

Kad Raya!!


Ha.. Korang ingat tak, zaman dulu.. Ala zaman sekolah dulu la.. Bila tiba je bulan ramadhan, sumer sibuk duk cari kad raya tuk antar kat kengkawan, tak kira yang jauh atau yang dekat.. Bertkar-tukar kad raya ngan member satu kelas, satu sekolah.. Best kan time tu... Hah, yang paling tak leh lupe, pantun ni,

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Tapi sekarang, dah jarang kan orang antar2 kad raya ni.. Yelah, sekarang dah ada facebook, twitter, tagged, my space, dan banyak lagi la.. Sekarang sumer dah canggih.. Kad raya pun antar melalui internet je.. senang, cepat dan mudah.. ( wah dah mcm slogan plak.. hik3.. ). Lupe lak.. satu lagi.. Jimatla.. xyah kuar duit nak beli setem ataupun nak pos laju.. heheheh.. ( aku salah seorang yang guna kaedah ni.. huhuhu ).. Tapi.... aku still lagi antar kad raya tuk mak ayah aku kat kampung.. Yela dorang mana la ada internet nak antar pakai facebook ni.. Dan yang penting, kad raya tu tandanya ingatan aku kat dorang.. Korang sumer still lagi antar kad raya ke?? X kisahla kan.. Yang penting, kita sumer ley sambut raya.. lalalalalala... Meh aku share ngan korang pic kad2 raya yang dulu pernah kita beli... Layannn......







p/s: Sapela yang sudi antar kad raya kat aku ni... hehehehehe....

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Senaman Kempiskan Perut.. =p

Yehaaa... hah aku nak share something ngan korang ni.. yang ada masalah cam aku.. hik3.. Senaman tuk kempiskan perut yang muncitt... ( adesss.. malu aku.. ). tapi ni tuk kebaikkan kita semua gak.. yang tak muncit pown ley wat gak senaman ni.. yela tuk memaintainkan badan korang gaks.. So check it out:

Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, ikutilah 4 senaman yg boleh diamalkan setiap hari:

A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.


Senaman knee circle 1.

* Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

4. Kemudian gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Senaman knee circle 2.

* Pada posisi ini juga, cuba tahan dalam kiraan 5.

6. Seterunya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai. 

Ulangi senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no 4. Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Dimana setiap satu set mengandungi   
10-15 ulangan pergerakkan. 

B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.
2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala kesebelah kiri bahagian bawah badan.

Senaman side chop 1.

* Pastikan ketika tangan berada di sisi badan lutut anda tetap menghala ke arah depan. 

5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

Senaman side chop 2.

Ulangi senaman ini sebanyak 2 set dimana 10-15 kali ulangan pergerakkan untuk setiap set. Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan.

C. Back Extension

1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.
2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.
3. kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama angkat juga kaki kanan.

Senaman back extension

4. Semasa berkenaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan 5.
5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas.

Lakukan sebanyak 2 set dimana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.

D. Upper Body Crunch

1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.
2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan disisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.
3. Kemuadian. tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.
4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang ke kanan sehinggalah  terasa seperti ada tarikan.
5. Tahan dalam kiraan 5.
6. Selepas itu, kembali ke posisi asal secara perlahan-lahan.
7. Anda ulang semula semua langkah tetapi tukarkan ke posisi sebelah kiri. Tahan dalam kiraan 5.
8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan kekanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan. 

Ulangi senaman ini sebanyak 2 set dimana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. :)

p/s: SELAMAT MENCUBA YER!!

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Dugaan Datang Bersama Hikmah

Dugaan dalam kehidupan manusia sering bertali arus dalam kehidupan. Kerana nilai dugaan yang cukup besar harganya, manusia perlu menghadapinya dengan sepenuh kekuatan yang diberikan Allah dalam jiwa melalui kekuatan iman dan akal fikiran.

Hari ini tragedi demi tragedi berlaku dalam sejarah manusia memerlukan nilai kesabaran yang tinggi untuk melaluinya.

Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walaupun pahit rasanya.

Ujian yang diturunkan Allah sememangnya cukup berat, jika ia diterima dengan keredhaan, akan hadir sedikit ketenangan dalam kehidupan.

Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka.

Firman-Nya disebutkan, Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. ( Al-Baqarah: 45 )


Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan seseorang.

Ujian hadir dalam pelbagai bentuk, kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, konflik antara individu yang akrab dalam keluarga, halangan-halangan dakwah, penderitaan, kemiskinan dan kekayaan, kejadian-kejadian diluar jangkauan kecil mahupun besar dalah antara ujian yang sering dihadapi. 


Melalui dugaan inilah, terpamer sikap seorang bergelar muslim, dalam kelompok mana seseorang itu berada kini. Boleh jadi dalam kelompok muslim yang benar-benar ikhlas beriman kepada Allah atau sebaliknya. Firman Allah, surah al-baqarah ayat 155:


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan dan ( dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 


Seorang yang beriman, perlu menghadapi setiap dugaan dan cabaran dengan nilai-nilai positif sebagai usaha mengimbangi kehidupan yang sedia ada agar sentiasa lurus dijalan-Nya. Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membelakangi suruhan-Nya dengan andaian-andaian palsu kononnya Tuhan tidak lagi menyayanginya lagi sehingga gelap masa depannya. 


Ujian dan dugaan menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiada bersyukur dengan apa yang ada. 


Seandainya waktu ini kita dikelilingi oleh insan bernama ibu, ayah, adik, dan abang, bersama rakan-rakan yang baik suasana yang sentosa, wajarlah kita menghargai melalui kesyukuran dan menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk bersama dalam suasana positif yang sentiasa saling memaafkan. Ingatlah, seburuk-buruk manapun insan-insan ini, mereka adalah darah daging kita.


Nasihat sabar dalam keimanan adalah kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan dengan mengingatkan mereka tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul pilihan Allah., sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Asr ayat 1 hingga 4: 


Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran. 






p/s: Sekadar tuk renungan kita bersama..

~EyazzYaacob~
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Kesan Akibat Tido Lewat!!

Assalamualaikum..

Hurm.. Artikel ni aku cilok dari laman pakcik google yg bertajuk "DON"T ALWAYS SLEEP LATE".. Tapi aku dah translate kut bahasa melayu ler, senang nak baca almaklumlah aku ni bukan pandai BI pom.. Hik3.. ( tentiu mr.Google.. muahahahah.. )

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?? 

Tido yang nyenyak dan sempurna sangatlah penting.. Jika kite tak tido ngan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita... 

Punca utama kerosakkan hati adalah :

1. Tido terlalu lewat & bangun  lambat adalah penyebab utama..
2. Tidak buang air kecil di pagi hari..
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, bahan pewarna, dan perasa tiruan.
7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak 
    walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil
    makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul2 
    fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran 
    seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian saja. Sayuran yang dimasak harus dimakan 
    dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. 

Kerana........

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi..

Malam (9pm-11pm): adalah masa untuk menyahkan / membuang toxic chemicals ( de-tixification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaxs seperti mendengar music. Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan @ mengawasi anak2 membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif kepadanya.

Malam (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tido nyenyak..

Tengah Malam (1am-3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tido nyenyak..

Tengah Malam (3am-5am): Prose de-toxification di bahagian paru2. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ia akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut. 

Awal Pagi (5am-7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am-9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pd masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan haruslah lebih awal iaitu sebelum pukul 6.30pg. Makan pagi sebelum 7.30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am itu masih lebih bagus daripada tak bersarapan langsung. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan menganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. 

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna & jangan tidur terlampau lewat. 

Sharing is caring~~

p/s: Pesanan tuk diri aku gak cz mmg selalu tido lewat tapi aku bangun awal.. hehehehehe

~EyazzYaacob~



Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Thursday, 18 August 2011

Cuti Raya...

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh.....

Hye... Korang sumer sihat tak hari ni?? Hari ni dah hari ke-18 kan kite puasa.. so, lagi tinggal 12 hari nak raya.. Yeay!!!!.... Korang sumer dah apply cuti raya lom?? Kalu belum apply cepat2 nanti karang tak dapat balik raya pulak.. sebab, cuti tak lulus.. Sedey taw lau tak raya dengan keluarga.. lebih2 lagi bila pagi raya tu dengar takbir raya.. Perghh.. rasa time tu jugak nak terbang balik kampung.. Aku dah pernah rasa beb.. Sebab tu aku tau.. Korang nak tau, tahun 2006 aku raya kat KL, 2007 pun aku raya kat KL.. Masuk tahun 2008 Pun raya kat KL... Tahun 2009 baru aku boley balik raya kat kampung aku.. 2010 raya kat KL balik.. 2011 ni tak tau pulak raya kat mana.. ( Agak2 lau aku raya kat KL taun ni boley tak aku tukar je alamat kat ic aku, alamat KL.. muahahhaaha.. ).. kan.. Dah macam aku ni warga KL sejati jer... Sedey gilak beb.. Dah la sumer adik beradik aku balik.. Lau aku tak balik mau aku meraung sorang2 kat kl ni.. Huk3... 


Sebenarnya aku dah apply cutti raya.. start dari 27/08/2011 hinggalah 02/09/2011.. Seminggu tu beb.. Lau dapat cuti memang raya sakan la aku kat kampung.. Nak g jalan2 umah sedara mara, kawan2.. lau setakat 2 3 hari mana cukup tul tak?? So korang doa2kan la semoga cuti aku lulus ek.. Aku pun akan doakan tuk korang gak.. Ish tak sabarnye nak lik raya ni.. =)



Layanzzz....  Amek mood nak lik raya.. hik3..

p/s: Nak makan ketupat, rendang, lemang.. Nyum2... =p

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Wednesday, 17 August 2011

Sopim Rayer!!

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.... ( tak jawab dosa.. hik3.. )

Ish.. Bukak "muka buku" je kawan2 aku update sal sopim rayer.. Bukak belog pown sal sopim rayer.. waaaaaaa..... JELESNYE AKU!!!!!... Biler aku nak sopim rayer gak ni??? huk3... Korang sumer dah sopim ke tuk rayer ni?? Blom??? same r ngan aku.. huhuhu.. ye la camne nak sopim gaji lambat lg.. Sopim last minute la jawabnyer.. ayork... Tapikan, sebenarnye baju raya aku taun lepas pun aku tak pakai g tau.. hahahha.. cmne nak pakai, aku x dapat cuti.. Taun ni pun ntah2 tak dapat balik gak.. uwaaaaa.... ma nak balik!!!!!!! :(

Aku ingat taun ni nak beli baju kebaya la.. hehehehe.. nak beli kaler pe ek lawa?? korang rasa2 kaler pe yang lawa??? Korang dah rancang ke nak sopim ape nanti?? jangan lupe beli untuk family skali taw.. jangan beli sorang2 jer.. Kuih rayer tu beli bnyak2 ckit.. ley la aku g raya umah korang.. ( sudi2 la jemput aku ek.. hehehe ). Hah.. jangan lupe stndby duit raye skali.. maklumlah aku ni kan kanak-kanak riang lagi.. muahahhahaha....

Hurmm... Tinggal lagi 2 minggu nak raya kan.. Kejap je rasa.. Tup2 da nak raya.. huhuhuhu.. Yeay gaji aku masuk next week, so, next week ley la aku p SOPIM!!!!!.. yahuuu.... Nak p mn ek?? Sogo?? midvalley?? Jalan Tar??? wahhh... rambang mata jap.. xtaw mn nak pegi... Ingat jangan membazir taw.. Beli mana yang kita mampu jer.. Sebab membazir tu amalan Setan... So, lau nak pegi sopim raya nanti, senaraikan dulu barang2 yang kita hendak beli, supaya smpai sana kita boley terus beli jer... so, x payah la nanti, tengok yang tu kita nak, tengok yang ni pun nak.. Berpada-pada  lah yer... =)

Hah.. tak lupe jugak pada kawan-kawan yang akan memandu balik raya nanti.. tak kira la naik moto ke kereta ke, berhati-hatilah di jalan raya.. Sebab, musim raya ni la selalu banyak kemalangan yang berlaku.. Ingat lah pada orang yang tersayang. BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.. Ingat yer kawan-kawan semua.. Sekadar nasihat menasihati sesama Islam.. Renung2kan dan selamat beramal... hehehehehe... :)

p/s: Tak sabarnyeeeeee nak sopim rayer!!!!! =))

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

5 Simple Rules To Be Happy


Assalamualaikum..... Hah.. korang nak happy tak??? kompom r nak kan.. xkan la xnak happy.. So lau korang nak happy, baca la quotes kat bawah ni.. InsyaAllah... tapi.. lau korang tak faham, translate la sendiri.. muahahahhaha...... renung2kan dan selamat beramal yer... =)

'1. Free your heart fom hatred
2. Free your mind from worries
3. Live simply
4. Give more
5. Expect less

No one can go back and make a brand new start.
Anyone can start from now and make a brand new ending.
God didn't promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain,
but He did promise strength for the day, comfort for the tears, and light for the way.
Dissapointment are road humps, they slow you down a bit but you enjoy the smooth road afterwards.
Don't stay on the humps too long. Move on!
When you feel down because you didn't get what you want,
just sit tight and be happy because God is thinking
of something better to give you.
When something happen to you, good or bad, 
consider what it means. There's a purpose to life's events. 
To teach you how to laugh more or not to cry too hard. 
You can't make someone love you , all you can do is be someone who can be loved.
The rest is up to the person to realise your worth. 
The measure of love is when  you love without measure..
In life there are very rare chances that you'll meet the person you love
and loves u in return. So once you have it don't ever let go.
The chance might never come yor way again. 
It's better to lose your pride to the one you love,
than to lose the one you love because of pride..
We spend too much time looking for the right person to love
or finding fault with those we already love,
when instead we should be perfecting the love we give.
When you truly care for someone,
you don't look for faults,
you don't look for answers,
you don't look for mistakes. 
Instead, you fight the mistakes, 
you accept the faults, and
you overlook the excuses. 
Never abandon your partner. You will never find one who can take his place.
Companionship is like wine, it gets better asit grows older.
Life is an opportunity, benefit from it
Life is bliss, taste it
Life is a dream, realise it
Life is a challenge, meet it
Life is a duty, com plete it
LIfe is a game, play it
Life is costly, care for it
Life is wealth, keep it
Life is love, enjoy it
Life is mystery, know it
Life is a promise, fulfill it
Life is sorrow, overcome it
Life is a song, sing it
Life is a struggle, accept it
Life is tragedy, confront it
Life is an adventure, dare it
Life is luck, make it
Life is too precious, do not destroy it
Life is life, fight for it





Leona Lewis= Happy... layanzzzz
( lagu ni x dapat di buka la.. huk3.. )
Jadi layan jer lagu Amy Mastura kat bawah ni yer... =)



Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Imbas Kembali 2001-2011

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.... ( ha jawab jgn x jawab yer...)

Hallu... Ehem..ehem.. Skang dah kul 12.15am.. AM wey bukan PM.. p masuk tido la.. ape tunggu lagi.. Jangan jadi can aku dah memang kelawar... huahuahua.. ( dah jadi habit aku tido lewat ni..).. Dah2,.. kalu korang taknak tido lagi, korang baca je ape aku nak membebel ni.. hehhehe.. Ape????? tak nak???? ada haku kesah??? muahahahahaaha.. ( gelak jahat...)

Hari tu aku ada janji kan nak share story life aku ngan korang kan?? Hah ape?? xde?? Peduli hape aku lau xde.. aku nak cite gak.. x kire.. hahahahaha.. senget tulla minah ni pepagi buta ni.. Dah2 Amiey stop merapu.. Ish2.. x habis2... ngeh3.... Okey.. story ni aku start masa aku dah form 1 la.. Ala kang lau aku cite dari start aku lam perut mak aku sampai kuar korang x caye lak.. hik3.. Start dari aku tingkatan 1 aku bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 2 @ SMKSYP2.. Aku masa kat sekolah dulu memang sangat aktif.. Bukan aktif bab memonteng hoccay.. Aktif men sukan la.. ayooo... Aku dulu atlit kat sekolah.. Korang nak tau tak aku men sukan pe?? hehehehehe.. Lau aku cakap mesti korang x caya kan2.. Aku dulu atlit Jalan Kaki.. Ala yang jalan melenggang tu la.. ish.. ( sbb tu smpai skang aku jln melenggang.. hik3..).. Bukan tu je, aku jugak aktif dalam Bola Tampar, Bola Baling, Merentas desa.. Aku men sukan ni sampai la aku form 5.. Ha, masa aku kat form 4, aku berjaya mewakili Kelantan dalam sukan MSSM dan aku berjaya dapat tempat ke-5.. Okey la kan.. dapat la pingat & sijil.. ( Okeyla dari xde langsung kan3..).. Tapi yang memfrustkan aku sampai aku stop men sukan ni bila aku tak dapat ke MSSM ms aku di form 5.. padahal masa tu aku dapat no 2.. punyala aku mnngis bgai nak rak.. ye la .. frust beb.. bertahun aku berlatih tu.. p nak wat camne.. xde rezeki aku.... :'(

Lepas je aku habis SPM tahun 2005, aku terus berhijrah ke Kuala Lumpur.. Korang bayangkan la, umur 17 aku dah berjauhan ngan family aku.. wooo.. sedey beb.. Sampai je aku kat KL aku pergi temuduga di Jusco Midvalley.. As a cashier.. Alhamdulillah seminggu lepas tu aku dah start kerja.. Aku kerja kat Jusco tu ada la dalam setahun jugak la lau tak silap aku.. hehehehe.. Penat beb keje kat situ.. Nak2 lagi lau hr minggu, hari perayaan, time sale... perghhh.. mmg x cukup tgn la aku nak wat keje... Pas je aku resign kat Jusco, aku mintak kerja kat Cosmic Bowl lak.. Juga kat Midvalley.. Midvalley tu dah mcm umah ke-2 aku dah masa tu.. Ye la banyak ms aku dihabiskan kat situ jer.. Aku keje kat situ pun sbgai cashier gak.. Hah, masa aku kerja kat situ la aku start pandai men bowling.. heheheheh.. tapi xde la pndai sgt pun .. stakat suka2 jer.. Aku keje kat Cosmic Bowl ni pun  sampai setahun jer then aku balik kampung disebabkn oleh masalah2 tertentu yg x dapat dielakkan..

Hah, masa kat kampung lak aku kerja sebagai pam attendant kat stesen petronas.. sebulan jer aku keje pastu aku berhenti.. takley tahan beb... gaji ciput jer.. huhuhuhu.. Pas benti kat petronas tu aku keje kat kedai buku.. pun jadi cashier gak.. ( xde keje lain ker? ) hahhahha.. Masa aku kje kat kedai biku ni la aku dapat panggilan untuk temuduga konstabel polis.. tapi.... xde rezeki aku.. so sambunglah aku keje kat situ smpai la masuk bulan ke 4 aku keje aku berhenti... Sebaanye, aku ikut member aku pergi keje di Nilai.. Aku dapat keje kat KLIA plak.. Kat restoran.. Cashier jugak.... Aku keje kat restoran ni selama 6bulan cmtu la lau tak silap aku.. ( maklumlah da tua... ).. huhuhuhuhu.. Aku meresignkan diri aku.. hik3... Selepas aku resign kat restoran tu, aku keje kat QS Snooker & Karaoke kat Cempaka, Nilai.. mmg best r keje kat situ.. Boss aku baik giler... and mmbr2 aku kat situ pun mmg sampai skang aku ingat lagi... Last aku berhenti sebab aku dapat tawaran dari KTMB tuk jadi polis bantuan KTMB.. dan aku telah dihantar menjalani latihan selama 3bulan di Pulapol Bakri, Muar, Johor.. Selepas 3bulan, keluarlah aku dan menjalankan tugas aku sebagai polis bantuan KTMB sampai la sekarang ni.. tahun 2011... As i say, Dah nak masuk 4tahun aku ngan KTMB ni.. Lama tu beb.. huhuhuhuhu...

Panjangkan kisah aku ni.. sebenarnya aku dah pendekkan dah pun.. Lau nak cite btul2, mau 3hari 3mlm pun x habis lagi.. Pejam celik, pejam celik, dah 23tahun umo aku ni.. tahun depan 24 tahun.. alamak... boley tak aku nak umo aku 17 jer??? hahahhahah... ( xley time kenyataan btulla..).. apepun, semua orang harapkan yang terbaik lam hidup kan, sama gak cam aku.. aku pun nak yang terbaik tuk hidup aku.. So aku kan berusaha tuk jadi yang terbaik... CHAIYOK.. CHAIYOK... =))

Kisah aku tak best pun.. Nape kau tak cite sal cinta? sebab bagi aku, aku lom jumpa lg cinta sejati aku... Aku masih lagi mencari.. So lau korang berkenan kat aku sila la isi borang dulu yer.. wakakakkaka... ( gedix gilak ini orang.. huhuhuhu).. Suke hati la.. hahahhaha.. =p

Klah cukup smpai disini.. penat la nak taip panjang2.. korang bukan mcm pun kan2.. hahhahaha.. tapi tak kisahla.. korang berkunjung ke sini pun, dah cukup terima kasih da.. Ngeee~~~~

Stop dulu.. T jumpa di lain tajuk lak yer... kikikikiki.... daaaaa...... =p

~EyazzYaacob~
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday, 16 August 2011

I'm Back!!! =p

Assalamualaikum...

Aku dah kembali.. Yehaaa.. Ase cam lama jer aku tinggal korang kan.. mesti korang rindu kat aku kan2... ahakz.. ( perasan lebih je aku ni.. huhuhu.. ) Well.. korang pun tau kan aku balik kampung tuk ape.. nak discuss ngan mak ayah aku sal further study tu.. Now aku plak jadi serba salah.. aku dah nyusahkan orang tua aku.. arghh.. tensionnye.. nape la dulu2 aku taknak belajar kan.. da tua2 ni baru nak belajar balik.. hurmm... peninglah aku.. tak taw nak watpe skang ni.. tapi... yang paling aku geram.. ada la manusia ni.. org terdekat gak r lam family aku.. kalau ye pun xnak tolong duk diam2.. xyah nak cakap pape.. aku sikit pun takkan mintak tolong ngan kau la.. aku susah ke senang ke, makan ke tak ke, selama ni aku x pernah mintak tolong kau sebab aku tahu, kau takkan tolong.. kau lebih rela tolong orang yang takde kna mngena ngan kau.. xpe lah.. aku tak hadap la nak duit kau pun.. tapi.. jgn campur urusan aku.. ( sabar Amiey, sabar.. ).. Okey2 dah aku dah chill dah... ishh.. lupe tak baik marah2 bulan puasa ni. hehhehhe..

Hari ni dah masuk hari ke 16 kita puasa kan?? Hah.. ada yang dah tinggal ke?? orang pompuan aku taknak tanya.. sebab aku taw.. hehehe.. aku nak tnya kaum lelaki ni.. Ada yang ponteng dah ke  ni?? Kompom ada ni.. tipu la cakap takde.. kan2??? jgn tipu tak bek tau... hik3.. Tak sabar nak raya tapi... aku tak tau lagi dapat balik raya ke tak.. cuti dibekukan sampai 29hrbulan... huk3.. ma nak balikkk... waaaaaaaa.... :'(
Dah la tahun lepas aku dah raya kat key ell ni.. taun ni pun takkan nak raya kat sini lagi... aku pun da kampung la.. huk3.. sedih tol keje camni.. tapi nak wat camne kan.. Dah keje.. lau taknak keje, duk kampung la tunggu org masuk minang.. huahuahua.... Tak mau aku.. Ish.. seriau cakap sal kawen ni.. huhuhuhu..

Dahlah penat aku duk membebl korang bukan baca pun tapi.. suka hati aku lah.. korang nak bace ke taknak... ada???? Ada aku kesah ke??? muahahahahaha... gurau jer la.. tapi mmg tak kisah pun coz aku wat ni pun juz for fun.. tuk suka2.. cam diari gak p diari ni xde bnda2 secret,... hehehehe... daaaa....


You got to go.. go.. go.. go.. =p

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...