Perjalanan cinta aku sentiasa berakhir dengan kekecewaan. Aku sendiri buntu. Aku sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai bahagia, tetapi mengapa aku tetap derita. Aku tak menyalahkan sesiapa, mungkin semua kekurangan datangnya dari aku. Aku pasrah. Kadang terfikir, biarlah aku sendiri, tanpa insan bergelar lelaki. Tetapi aku perempuan punyai naluri untuk dibelai, dimanjai. Ah.. aku tak tahu apa aku harus lakukan. Apakah aku harus mencari dan terus mencari atau menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba?? Ya Allah bantulah hambaMu ini.
Aku tak ingin hatiku menderita lagi. Aku hanya ingin bahagia dalam hidup. Bercinta, berkahwin, hidup bersama insan yang ditakdirkan untuk aku. Dan aku menunggu untuk saat itu. Pada insan yang senasib dengan aku, bersabarlah kerana Allah itu maha adil....