Love U Guys

Showing posts with label Healthy. Show all posts
Showing posts with label Healthy. Show all posts

Wednesday, 7 March 2012

Migrain

Assalamualaikum.. Hye korang2 sumer... sihat x hari ni?? Hope korang sume sihat la coz aku nk kongsi info kesihatan ni ngan korang.. Emm.. korang pernah x mengalami sakit kepala yang kronik atau dalam erti kata lain MIGRAIN?? Pernah?? Ape yg korang rasa bila migrain menyerang?? Mesti kepala korang berdenyut2.. Pening.. Rasa nak muntah kan?? Pada yang pernah mengalami migrain ni, n pada sesiapa je la, aku nak share info pasal migrain ni.. Layannn....

Migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.


NOTE: Sekiranya korang ada MIGRAIN cepat2la pergi jumpa doktor.. Jangan biarkan ia melarat takut akan meninggalkan kesan yg lebih teruk lagi.. 

~ Amiey Batrisya ~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday, 30 October 2011

Kanser Payudara..

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.
Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg
Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg
Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpgLangkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpgLangkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpgLangkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.
Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?
  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.
Fibroadenoma :
Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?
Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography

Apakah itu 'FNAB'?
Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg

Apakah itu 'Mammogram'?
'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:
  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy
 
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?
Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :
  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :
  • MAKNA
  • AWAM
  • WAO
  • Hospis
 Soalan Lazim
Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?
  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.
Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.
  • Urutan
  • Cara relaxasi
Apakah itu ujian baka kanser payudara?

Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :
  • Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
  • Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
  • Melakarkan carta salasilah keluarga
Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.
  • BRCA1
  • BRCA2
Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.

Rujukan
  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of health, 2002. Clinical Practice Guidelines - Management of breast cancer
p/s: Kalau ada gejala2 yg dinyatakan cepatla2 pergi buat pemeriksaan.. Sekarang kanser ni menyerang tak kira laki atau perempuan.. Sama2la kita menjaga kesihatan.. :)) 

~ SHARING IS CARING~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday, 25 September 2011

PMS (Premenstrual Syndrom)

Hyee.. Korang sumer sihat?? Lau sihat Alhamdulillah tapi kalu tak cepat-cepat la p klinik.. Same la cam aku hari ni.. adesss... selsema lak.. perkara yang paling aku benci skali.. Tapi aku hapdate blog ni bukan nak cite sal selsema aku ni ha.. Aku nak share ngan korang sal penyakit yg melanda kaum perempuan sahaja.. Ape tu??? Hah.. korang pernah dengar tak PMS (Premenstrual Syndrom).. Kalu perempuan mungkin pernah la tapi kalu kaum lelaki aku rasa tak ramai yang tahu...

So, kat sini aku nak share ngan korang sal gejala PMS ni.. Yang lelaki pown ley amek berat gak supaya korang tahu macam mana nak handle awek, isteri atau adik beradik perempuan korang.. Mana la tau tiba2 dorang mengalami gejala ni bile bersama korang kan.. So, layannn....



Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

PMS Jenis A
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.



PMS Jenis C
Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.



PMS Jenis D
Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.



PMS Jenis H
Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium..



CARA MENGATASI PMS

  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Untuk lebih senang gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. 
  2. Amalkan meminum air suam sekerap yang mungkin. Kesannya tanpa sedari anda tidak akn dapat senggugut lagi..
  3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.



p/s: For those girl yang nak merajuk, sila merajuk atau naik gila pada hari anda menstruasi, your boyfriend or husband xley nak salahkan u oll 100% kan?? hahahahaha.. :p


~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...