Love U Guys

Wednesday 2 November 2011

Tutup aurat bukan hanya sekadar bertudung....

Assalamualaikum...

Sebelum aku taip panjang2 lagi, firstly aku nak minta maaf pada yang sumer coz mungkin isu yang aku nak share ni sensitif bagi korang yg bergelar wanita macam aku.. Dan aku pun bukan seorang yang sempurna untuk menegur sebab aku pun salah seorang wanita yg tak menutup aurat.. Tapi kebelakangan ni aku tengok macam2 fesyen yang sesetengah wanita bertudung pakai yang memang tak kena dengan dorang.. Ya mungkin aku tak berhak nak bicarakan pasal ni.. Dan mungkin juga korang akan cakap sekurang2nya tutup aurat.. tapi, korang fikirlah sendiri apa yang aku nak share ni...

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.
Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.
Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.
Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).
Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)
Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.
Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.
Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.
Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.
Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.
Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.
Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?
Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.
Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah……
~tetapi sekarang ini kita melihat masih ramai wanita-wanita yang mendedahkan aurat-aurat mereka di kalangan orang biasa tak payah cakaplah, di kalangan remajapun tak payah cakap..bertudung tetapi tak ubah seperti trend….. ini termasuk isteri-isteri pemimpin negarapun masih lagi menayang rambut tinggi…alahai comei ke fesyen rambut lagu tu? saya teringin melihat Datin Semah Mansor, wife mantan PM DaTin Semah Ali jugak  bertudung,  Fidah Aziz dan semua pemimpin islam termasuk  isteri Pak Lah selaku pendokong islam  hadhari bertudung….tentu comei kalau di gayakan dengan tudung berbagai fesyen dewasa ini……….teringin sangat nak tengok mereka bertudung……..





Mesti korang akan cakap.. " Ala ko pun tak tutup aurat sibuk nak cakap sal aurat plak.. "
Yup aku admit, aku bukan seorang muslim yang sempurna... Aku masih tak ikut segala suruhanNya.. Aku akui MENUTUP AURAT ITU WAJIB.. InsyaAllah... Doakan aku... 

p/s: Sekali lagi maaf dipinta andai ada yang terasa hati ngan entry aku ni walaupun mngkin berapa kerat je yang baca.. Harap jangan simpan lam hati.. Lau tak puas hati ngan entry ni, tinggalkan komen.. InsyaAllah.. Akan dibalas.. :)

# lupe lak.. entry ni bukan aku yg tulis.. copy paste jer.. :)


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 1 November 2011

Kebaikkan & Keburukkan Laman Sosial... (:

yahoo image

Bila sebut sahaja facebook, twitter, friendster, tagged dan my space siapa yang x tahu. Bukan hanya di kalangan remaja malahan orang dewasa pun gemar menggunakan laman sosial tersebut. Bukannya apa tak nak dikatakan kita ketinggalan zaman.

Haruslah ikut perkembangan dunia teknologi. Memang x salah tapi setiap apa yang baik pasti ada keburukannya. Kat sini kawan nak bahaskan keburukan dan kebaikan laman sosial untuk renungan semua.

Kebaikan Laman Sosial:)

1.      Dapat mengeratkan silaturrahim. Laman sosial memang seronok sebab kita dapat cari kawan2 sekolah yang dah lama x jumpa. Dapatlah kita tahu perkembangan diaorang selain bertanya khabar.

2.     Dapat mencari duit poket atau mengembangkan bisnes. Bagi sesiapa kaki bisnes, laman sosial ni adalah tempat yang paling strategik untuk kita kembangkan bisnes kita.

Ramai jugak di kalangan pengguna laman sosial yang mengambil kesempatan untuk menjual pakaian, tudung, aksesori dan sebagainya pada kawan2 untuk tambah duit poket. Bagus tu at least kita dapat tambah pendapatan.

3.      Dapat bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman.

Laman sosial digunakan bagi sesetengah pihak untuk bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman masing2 tentang sesuatu isu. Dapat jugak menambah ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa depan.

4.     Tempat meluahkan perasaan. Hah, memang betul laman sosial ni tempat paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan.
At least ada orang yang akan bagi komen dan sokongan buat kita bila jiwa kita tengah kacau.

5.     Dapat mengisi masa lapang. Kalau tak ada keje nak buat atau sekadar nak release tension boleh chatting dengan kawan2 kat laman sosial ni. Dapat jugak hilangkan boring.


Keburukan Laman Sosial:)

1.     Bukan setakat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malahan laman sosial ni dapat memutuskan hubungan silaturrahim. Mana x nya bila kita x puas hati dengan si polan kita dok mengumpat dia dengan kawan kita yang lain.

Hai..korang ingat si polan tu x boleh ke terbaca wall post korang tu. Kalau dah si polan tu terbaca nanti x ke melenting si polan tu. Apa lagi jadi bahan lah nak cari gaduh.

2.     Memang bagus untuk cari duit poket kat laman sosial ni. Tapi ramai gak kawan2 kita yang kena tipu.

Mana x nya ada ke pergi bagi no akaun bank kat wall post. Orang yang berniat jahat pasti akan terfikir nak buat jenayah.

3.      Ya, memang laman sosial dapat menambah ilmu kita sedikit sebanyak. Kalau ilmu yang baik x ada salahnya. Tapi kebanyakannya ilmu yang x  baik. Ilmu lucah la, ilmu songsang la malahan ilmu hitam pun ada. MasyaAlllah…

4.      X salah nak luah perasaan kat laman sosial tapi jangan sampai mengguriskan hati orang lain. Kalau anda x puas hati dengan si polan anda pun luahkan perasaan anda.

Bila si polan baca kat wall post anda si polan pun jadi berang. Benda kecik pun boleh jadi besar taw. Kalau agak2 benda tu privacy simpan sendiri sudah x yah la nak cerita kat laman sosial.

5.      Memang dapat mengisi masa lapang dengan benda berfaedah tapi ada gak yang sampai x ingat dunia bila dah mengadap depan computer layan facebook.

Solat x diendahkan, waktu makan pun x dihiraukan, panggilan mak dan ayah pun ditengkingnya. Pendek kata kalau aku dah duduk depan computer layan facebook x ada makhluk yang boleh kacau aku.

Macam tu sekali laman sosial ni boleh mengkhayalkan dan melalaikan kita. Pelajaran terabai akidah pun terabai. Penjawat2 awam dan pekerja2 pun x boleh nak jalankan tugas dengan baik kalau asyik nak layan chatting kat laman sosial. Udah2 le tu..insaf2 la..boleh layan tapi biarlah berpada2.





p/s: Sebenarnya aku pown addict ngan ngan laman sosial ni.. Tapi... bukan obses.. Hanya untuk menambah kenalan jer... :)

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday 30 October 2011

Kanser Payudara..

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.
Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg
Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg
Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpgLangkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpgLangkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpgLangkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.
Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?
  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.
Fibroadenoma :
Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?
Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography

Apakah itu 'FNAB'?
Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg

Apakah itu 'Mammogram'?
'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:
  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy
 
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?
Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :
  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :
  • MAKNA
  • AWAM
  • WAO
  • Hospis
 Soalan Lazim
Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?
  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.
Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.
  • Urutan
  • Cara relaxasi
Apakah itu ujian baka kanser payudara?

Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :
  • Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
  • Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
  • Melakarkan carta salasilah keluarga
Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.
  • BRCA1
  • BRCA2
Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.

Rujukan
  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of health, 2002. Clinical Practice Guidelines - Management of breast cancer
p/s: Kalau ada gejala2 yg dinyatakan cepatla2 pergi buat pemeriksaan.. Sekarang kanser ni menyerang tak kira laki atau perempuan.. Sama2la kita menjaga kesihatan.. :)) 

~ SHARING IS CARING~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...