Love U Guys

Friday 9 September 2011

Ciri-ciri wanita idaman lelaki..

Assalamulaikum...

Hallooo... Hehehe.. Nak kongsi rahsia ngan korang sumer ni.. 
Tapi.. For WANITA only hoccay... Tapi lau lelaki nak baca pown xde hal.. 
Okey.. kepada kaum wanita yang belum berpunya @ berkahwin lagi tu ley la
renungkan ape yg aku nak share ni.. ( termasukla aku gak.. hehehe.. )
So mari kita layan ciri-ciri wanita idaman lelaki ni... Zassss....

BERPEGANG KEPADA AGAMA

Wanita yang berpegang pada agama mempunyai keperibadian yang unggul. 
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat 
martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi lelaki. Dia tidak akan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah.
Memang beruntung mana2 lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini... 

KECANTIKKAN DALAMAN

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakkannya
tetapi mempunyai prinsip dalam hidup.. Inilah kecantikkan dalaman yang dicari
oleh ramai lelaki.. Kalau cantik itu dikira BONUS..
Wanita yg mempunyai kecantikkan dalaman tidak akan sesekali menjual
maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.. 
Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat
sesuatu semata-mata mahukan harta dan kekayaan..

MANJA

Lelaki suka wanita yang keanak-anakkan atau yang ada sifat manja,
supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. 
Tapi, sifat manja keanak-anakkan yang melampau tak sesuai,
menampakkan wanita itu seperti kurang matang..

PANDAI MENJAGA KECANTIKKAN

Lelaki menginginkan wanita yg pandai menjaga kecantikkan dirinya.
Wanita dan kecantikkan memang susah nak dipisahkan.
Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan 
penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yg 
pandai menjaga kecantikkan, kerana ia akan membuat mereka bangga..

BERAKHLAK MULIA

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah..
Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih, dan penyokong kepada suami.

TIDAK MEMPAMER KESEKSIAN

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita,
namun tak suka menjadikannya isteri kerana keindahan wanita itu 
seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki..

TIDAK CEREWET

Lelaki suka pada wanita yg tidak cerewet.
Mengapa pula? Sebab wanita yg cerewet boleh merimaskan 
dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. 
Biasanya wanita yg cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak 
disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.. 
"Mengomplen" aje kerjanya... Upppsssss...

MEMAHAMI LELAKI

Wanita yg memahami hati lelaki biasanya mempunya intuisi
yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu 
memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata,
tanpa perlu cakap, dia sudah dapat membaca riak muka suaminya.
Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

SEJUK MATA MEMANDANG

Wanita yg manis wajahnya dan sjuk dipandang mata akan 
mendamaikan perasaan seorang lelaki. Camne ciri-ciri wanita yang 
sejuk mata memandang ni??? hah ni dia.. 

BERSOPAN SANTUN
SENTIASA MEMANISKAN WAJAH
SENTIASA SENYUM
MENUTUP AURAT
RAMAH DAN MESRA
TIDAK TERLALU CEMBURU
MENGHORMATI ORANG LAIN







Hah.. tulah ciri-ciri wanita yg menjadi idaman lelaki. Moga ape
yg sy kongsikan ini bermnfaat pada kamu dan termasuk juga saya..
Maklumlah kita ni insan biase je.. kadang2 tak terlepas dari kesilapan. 
Semoga ini akan menjadi kayu pengukur pada kamu dan pasangan kamu..

Satu lagi tips.. sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta 
ape yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan 
diri step by step dan fahami bahawa kelemahan itu
wujud supaya kita tahu ape kekuatan diri kita. 

Apalagi, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada 
untuk mencipta kecemerlangan..

p/s: Aku pun nak jadi wanita solehah jugak.. Tapi............................. 

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Thursday 8 September 2011

I am Taurus gurlz... (:

Ha.. ni lah lambang for zodiak Taurus.. (:
Hah.. Sape yang same zodiak ngan aku sila angkat kaki..eh silap lak.. angkat tangan da..huhuhuhu.. ne la tau ley jadi geng kamceng aku.. hehehehe... Okey meh aku share sifat-sifat mereka2 yang dilahirkan berzodiak taurus ni.. Cam aku la.. ayooo.. Layanzzz...

Erk..sebelum tu meh korang baca dulu sifat2 mereka yang dilahirkan di bulan MEI.. 

# KERAS KEPALA &KERAS HATI.. (erkk.. cam aku je tu.. ;p)
# KUAT SEMANGAT DAN BERMOTIVASI TINGGI.. (btul3... ngeh3.. :D)
# PEMIKIRAN YANG TAJAM.. 
# MUDAH MARAH.. (tak btul3..)
# PANDAI MENARIK HATI ORANG LAIN & MENARIK PERHATIAN..
# PERASAAN YANG AMAT MENDALAM
# CANTIK DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL.. (ehem3... :p)
# TETAP PENDIRIAN TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN..
# MUDAH DIPUJUK.. (no..no..no..)
# BERSIKAP SISTEMATIK ( OTAK KIRI )
# SUKA BERANGAN-ANGAN
# KUAT DAYA FIRASAT
# DAYA KHAYAL YANG TINGGI.. (hohohohoh..)
# PANDAI BERDEBAT.. 
# PENYAKIT BIASANYA DIANTARA TELINGA DAN LEHER.. (oh tidakkk..)
# MEMPUNYAI IMAGINASI YANG BAGUS
# SUKA SASTERA, SENI, MUSIK & MELANCONG.. (i loike.. ahakz.)
# LEMAH BERNAFAS
# RAJIN DAN BERSEMANGAT TINGGI..
# AGAK BOROS.. (hehehehe.) 

Hah amacam?? Korang ada tak ciri2 kat atas tu?? Hah ada?? Yang mane 1?? mesti sama cam aku kan.. muahahahaha.. Ala ni tuk suka2 jer.. Bukan suh korang percaya 100% pown.. Ini just ramalan jer.. Nak percaya tau tak terpulang la pada korang kan.. Bagi aku, okey jer asalkan jangan terlamapau taksub.. Yer dop.. hehehehe... 

Okey berbalik pada Zodiak plak.. Sebenarnya aku ngan  search pak cik google sal zodiak ni.. banyaknye kut omputih, indon.. adesss.. Mak tak paham nok.. hik3.. Jap eh aku tanya pakcik google lagi.. Sabor yer.. (:

SIFAT TAURUS

  • Keras kepala, Materialistik, Pasif, Ramah & Sabar, Praktis & Setia, Memiliki Jiwa Tolenrasi...
  • Nombor Keberuntungan = 12, 19, 23, 33, 39, 41
  • Aroma Keberuntungan = Aroma Madu, Mawar, Lily, Kayu Oak
  • Planet Yang Mengitari = Venus
  • Bunga = Daisy, Violet
  • Warna = Coklat, Hijau
  • Batu Keberuntungan = Batu firus
  • Elemen = Tanah
  • Pasangan Serasi = Scorpio
Zodiak Taurus adalah simbol kepastian dan kehendak yang kuat. Taurus biasanya berjuang untuk mendapatkan rasa aman batiniah dan jasmaniah.. Mereka memiliki selera tinggi pada pakaian, lukisan, barang-barang antik dan barang-barang mewah lainnya.. Cita rasa taurus sangat tinggi, namun cenderung konservatif. Mereka sangat menikmati alunan melodi dan muzik yang indah. Taurus suka menolong orang lain dan tidak suka marah. Mereka tidak suka didesak dan cenderung keras kepala bila terus menerus didesak. Para taurus cenderung setia, stabil dan sabar, meskipun kadang-kadang mereka keras kepala. Mereka memiliki pandangan yang baik untuk meraih tujuan mereka sehingga mereka berhasil. Mereka gigih pada keputusan yang telah diambil dan tidak ada seorang pun yang dapat merubah pendiriannya... Kerana taurus tidak suka didesak, maka ramai yang menggelarnya si lembam. Namun demikian, kamu boleh mempercayakannya dalam membantu kamu keluar dari masalah. Mereka bukan jenis orang yang mudah melanggar janji dan hilang keyakinan, dan mereka memiliki stamina dan ketekunan untuk bertahan dari lawan-lawannya. Kekuasaan taurus sangat hebat sehingga mereka tidak mudah gagal dalam hidupnya.. 

Asmara Para Taurus: Para taurus cenderung diam dan bergairah. Mereka berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam hidup mereka seperti muzik yang lembut, lampu yang redup, dan anggur terbaik untuk menemani mereka menghabiskan waktunya dengan orang yang mereka cintai. Taurus selalu mengutarakan hatinya secara langsung dan tidak suka berteka-teki bila bersangkut paut dalam urusan cinta. Mereka berusaha menyenangkan hatimu dengan harapan mendapatkan balasan yang sama dari pasangannya... 

p/s: Amacam?? Okey tak?? hahahha.. dun take serious okey.. it jus for fun.. nanti lau aku rajin aku share zodiak2 lain lak ngan korang yer.. (:

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Wednesday 7 September 2011

Celebrate birthday party!

Hey.. it's not my party okey.(kenape tetibe aku berspeaking oreng puteh di pagi hari ini?? adesssss..). that's party for my fren birthday..(betul ke grammar aku ni? hentam je la.. hohohohoh). her name is ZARA MYA.. We celebtare at KTV Jalan Imbi... ( korang tau tak kat ner ni???? ) xtau??? Nanti la aku share hoccay.. Dan akibatnya aku sick hari ni.. (mc la tu!! pemalas btol.. :p).. So korang layan je la pic kat bawah ni.. Terasa kemalasan plak aku nak membebel panjang2 di pagi yang buta ini.. (erk!! ayat ape aku pakai ni??).. muahahahaha.. Layanzzzzz.. kroohh..kroohh...

Ha ni lah tempat tu.. KTV Jalan Imbi...

Our Besday Girl.. ZARA MYA

GEgurl.. Yuhuuuu!!! (:

Ladies only!!!

p/s: Besday aku xde sape nak celebrate.. huk3.. ): 

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 6 September 2011

Teman sejati...atau musuh dalam selimut???

Mengamati, mencermati, dan mempelajari... semuanya akhirnya terlihat dengan sendiri, siapa yang sebenar-benarnya teman sejati kita, dan siaoa musuh dalam selimut kita.. Memang mudah untuk mencari sejuta teman di dunia ini tapi untuk mencari seorang teman sejati sangatlah sulit.. Teman yang baik, yang dapat dikatakan teman sejati adalah teman yang datang disaat kita kesulitan.. menolong tanpa banyak soal.. membantu tanpa mengeluh.. dan tidak pernah mendabik dada ketika teman itu dapat ditolong olehnya dan tidak mengharap apa pun balasan dari kamu... Dan tidak pernah akan mengungkit segala pertolongan yang diberi.... Berteriak-teriak untuk minta dihargai bukanlah seorang teman yang membantu kita kerana keikhlasan hatinya. Teman sejati selalu ada disaat kita memerlukan bantuannya. Teman sejati juga adalah teman yang menjaga tutur katanya.. menjaga rahsia kita sehingga kita tiada...

Alanglah elok jika semua manusia berkelakuan seperti ini.. alangkah damai dunia ini bila semua manusia jauh dari rasa iri hati dan dengki. Sangat sayang bila disebabkan kedudukan seseorang membuatkan darjat itu berbeza kerana perbezaan itulah akhirnya semua manusia mempunyai sifat iri hati dan mugkin juga dengki sesama sendiri.. Tak ada guna kita bertutur kata manis didepan teman kita tetapi dibelakangnya mengatakan hal yang berbeza. Bersikap manis hanya sekadar untuk menyenangkan orang lain dan bukan datang dari hati yang ikhlas... Sungguh kasihan manusia yang dilahirkan seperti ini... Hidupnya tidak akan pernah puas zahir dan batin...

Janganlah kita selalu melihat diatas kita..tapi cubalah lihat dibawah kita...mensyukuri apa yang telah kita dapat disaat ini kerana kita lebih baik dari mereka yang miskin tetapi kaya hati.. dan sebab itu kita seharusnya memiliki hati (yang baik serta tulus) lebih banyak daripada yang berada dibawah kita. Lebih baik kita miskin harta dari miskin hati.... kerana harta boleh dicari tetapi hati yang baik susah untuk kita miliki bila kita tidak berusaha menjadi manusia yang lebih baik... 

Cuba kita cermin... adakah kita ini teman sejati???? atau sekadar teman disaat senang??? atau musuh dalam selimut????..... Tiada orang lain yang boleh menilai, kerana itu semua bergantung pada sikap kita, tingkah laku kita, ketulusan hati kita, keihklasan hati kita dan keredhaan hati kita.... 

p/s: Berbuat baiklah pada kepada teman kita atau sesama manusia dengan tulus selagi kita masih diberi kesempatan untuk bernafas didunia ini kerana batas usia kita, hanya Tuhan yang maha mengetahui.... 


TEMAN SEJATI = BROTHERS

Selama ini ku mencari-cari 
Teman yang sejati buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Illahi
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui

Dengannya disisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah kupanjaatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepadamu teman ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala-galanya...

KepadaMu Allah ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Sunday 4 September 2011

"Hantu Bonceng"

Assalamualaikum......

Hah.. Kali ni aku nak cite sal antu lak.. Ish bukan aku kena sampuk la.. Tadi ha.. aku p Pavilion.. Watpe?? P tengok wayang la der.. tengok cite HANTU BONCENG.... Lakonan Zizan & Juliana Evans.. Perghh.... TERBAIK wa cakap lu.. dari start cite sampai la habis cite asyik gelak jer.. sampai terkeluar la air mata aku.. huhuhuhu.. Lawak gil;er la beb.. huhuhuhu.. Lau korang tak caya korang tengok la sendiri yer.. Meh aku post ckit Trailer cite tu kat sini, pastu pandai2 la korang p tengok kat wayang yer.. huhuhuhu.. Layanzzzz....




p/s: renung2kan dan selamat beramal....

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Noramfaizul Mohd Nor

Assalamualaikum...

Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa yang tertembak di Somalia iaitu arwah NORAMFAIZUL MOHD NOR., 41tahun, yang juga merupakan jurukamera Bernama TV.. Dia telah menghembuskan nafas yang terakhir dia Somalia akibat terkena peluru sesat akibat peperangan di sana.. 


Kejadian tembakan berlaku pada 03/09/2011 kira-kira pukul 10.30 malam (waktu malaysia) dan beliau meninggal dunia pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia.. Ketika kejadian di Mogadishu tersebut, beliau dan ahli media dalam perjalanan untuk menghantar rakaman yang dirakam sebelum itu..


Seperti yang kita semua ketahui, negara Somalia sedang menghadapi krisis makanan dan kebuluran yang meragut ribuan nyawa tiap hari. Tapi negara itu juga merupakan salah satu negara PALING BERBAHAYA di dunia kerana keadaan politik yang tak stabil dan kes yang selalu kita dengar adalah kes rompakan lanun Somalia di Teluk Aden... 


Harap misi bantuan dari negara kita tidak akan berlaku lagi kejadian2 yang tidak diingini. Al-Fatihah....




SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.. 
AL-FATIHAH...

p/s: setiap yang hidup pasti akan mati... 

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum.....

Hallo2... I'm back tuk menghapdate blog aku yg xder org bc ni... erk ade ek?? Mekasih.. hehehehe... Ape2 pun aku nak wish kat korang sumer gong xi fat chai... Hah.. bukan???? La slah type lak.. ngeh3... SELAMAT HARI RAYA MAAF AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & DOT..DOT..DOT... Aku xde wat salah batin ngan korang yer so. xyah minta maaf la kan.. hahahaha.. Hah.. macam mn raya korang meriah tak?? Kompom meriah kan.. baju raya berpasang2.. Sakan la ko yer.. Aku gak baju raya sepasang jer.. huk3.. Tapi mak x kesah nok.. janji mak ley balik raya ngan family mak.. auwww.... :p

Raya aku?? Xde r meriah sangat tapi meriah la jugak... ( ape aku bebel ni??? ) Ish bace je la.. banyak songeh lak.. hahahaha.. Meriah sebabnya aku dapat kumpul ngan family aku.. Tapi... ( ada tapi lagi tu.. ).. sayang... ( sayang plak dah?? @_@ ).. Bukan sayang kaple tu la.. Sayang sebab, abang aku no 3 sekeluarga tak dapat balik coz kena bertugas... Kalau tak complete keluarga aku tuk tahun ni.. tapi xpe.. nak wat macam mn.. berkhidmat tuk negara kan.. cheewwaaahh... (:

Okeylah.. Malas aku nak hapdate pnjang2.. penat taw.. Actually, aku baru je sampai kl ni.. ( tu yang baru ley hapdate blog kesayangan aku ni... ).. Walaupown aku tak drive.. ( bukan xnk tapi... aku tak pndai drive.. hehehehehe.. ). Tapi aku tetap merasai kepenatan itu.. 8jam duk lam kete beb.. mau tak kematu bon*** aku.. hahahahaha.. x senonoh tol.. Okeylah.. sampai sini jer aku membebel tuk pagi yang indah ni.. hehehehe.. Layanzzzzz.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

p/s: xde orang nak bagi aku wit raya ke??? huhuhuhuhuhu.. :p

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...