Love U Guys

Wednesday 7 March 2012

Migrain

Assalamualaikum.. Hye korang2 sumer... sihat x hari ni?? Hope korang sume sihat la coz aku nk kongsi info kesihatan ni ngan korang.. Emm.. korang pernah x mengalami sakit kepala yang kronik atau dalam erti kata lain MIGRAIN?? Pernah?? Ape yg korang rasa bila migrain menyerang?? Mesti kepala korang berdenyut2.. Pening.. Rasa nak muntah kan?? Pada yang pernah mengalami migrain ni, n pada sesiapa je la, aku nak share info pasal migrain ni.. Layannn....

Migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.


NOTE: Sekiranya korang ada MIGRAIN cepat2la pergi jumpa doktor.. Jangan biarkan ia melarat takut akan meninggalkan kesan yg lebih teruk lagi.. 

~ Amiey Batrisya ~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 6 March 2012

12 Cara meningkatkan harga diri

Setiap insan mempunyai harga diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-man pihak tidak bertangungjawab .Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkanbegitu menyakitikan.
Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari diri sendiri . Anda bertangungjawab membentuk harga diri yang positif sekiranyan jelas dengan matlamat anda .Berikut adalah 12 cara yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk membentuk mempertingkatkan harga diri .

1.Bina keyakinan diri .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ .Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat ,bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan.Yang pasti ,ia berbentuk positif dan anda berjaya .Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha menlaksanakannya,bukan sekadar berangan-angan kosong saja .

2.Dampangi orang lain
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain .Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang .Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .

3.Elakkan diri daripada kesempurnaan
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat.Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .Jadi ,potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin ,bukannya untuk mendapat kesempurnaan.Sekiranya kesempurnaan teleh dititikberatkan ,anda mungkin kecewa apabila gagal mencapai matlamat anda .

4.Jaga perawakan diri
Perawakan diri menjadi satu factor kritikal dalam pembinana harga diri .Anda tidask perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetrapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.Dapatkan kerehatan
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri.Anda boleh bersenam,bermeditasi,mendengar muzik ,bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perassan mendapat ketenangan .

6.Hormati diri
Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif .Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya ,fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa cirri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda .Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .

7. Utamakan diri
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda,untuk anda,setiap hari.

8.Cabar potensi diri
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar.Inilah caranya untuk mengujipotensi diri kerana cabaran itu ,anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh .

9.Cari keistimewaan diri
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah ,kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk mengendaklikan .Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap

10.Jadilah seorang yang optismis
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia bolehberlakupada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu.Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukan ?Nya .

11.Hindari sikap prasangka
Apabila rakan anda bertindak kasar ,anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu .Cuba dekati dan fahami perasaannya .

12 Bertindak sejajar dengan nilai
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku .Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda .Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya...





NOTE: Harga diri kita hanya boleh ditentukan oleh diri kita sendiri.. bukan sesiapapun.. Fikir-fikirkanlah.. 




Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...