Love U Guys

Friday 28 October 2011

Perempuan vs Lelaki = Siapa yg kuat cemburu??


Kalau tidak ada perasaan cemburu dalam hubungan, memang tidak sah. Mana mungkin setiap saat dan setiap detik, kita akan tetap berfikiran positif. Selalunya, kaum perempuan memang akan dikaitkan dengan sikap cemburu. Cemburu buta, kuat cemburu, terlalu cemburu, cemburuuuu, semuanya sering dikaitkan dengan kaum perempuan. Namun, jangan sangka kaum lelaki tidak pernah cemburu, malah sekiranya lelaki berasa cemburu, memang buruk padahnya apatah lagi apabila si lelaki sememangnya bersikap KUAT CEMBURU atau CEMBURU BUTA.
Sebenarnya, perasaan cemburu memang perlu dalam sesebuah hubungan namun perlu berpada-pada. Jangan sampai dilabelkan sebagai kuat cemburu. Kadang-kadang, kurang cemburu juga boleh menyebabkan hubungan menjadi kucar-kacir. Kadang-kadang pula, cemburu keterlaluan juga akan menyebabkan hubungan terus kacau-bilau. Cemburu memang menjadi sebahagian daripada kehidupan kaum perempuan. Maksudnya, sekiranya si perempuan itu tidak pernah berasa cemburu, mungkin hatinya tidak begitu telus menyayangi kekasihnya atau mungkin juga dia tidak normal!
Namun, awas sekiranya kekasih anda sentiasa cemburu terhadap anda. Apa jua yang anda lakukan, ke mana sahaja anda pergi, dengan siapa anda bersama, pasti dia akan berasa cemburu dan tidak senang duduk. Cemburu tandanya sayang namun kalau setiap masa akan cemburu, memang itu sengaja menempah bala dalam hubungan. Bertuah sungguh bagi lelaki yang mendapat pasangan yang dapat mengawal perasaan cemburu dan beruntung juga bagi perempuan sekiranya memiliki kekasih yang sentiasa menyokong dan mengawal perasaan cemburu.
Perempuan mula cemburu sejak zaman Nabi Yusof dan Zulaikha lagi, jadi tidak hairan kalau kaum perempuan sentiasa berasa cemburu sekiranya mereka berasa tergugat dengan keadaan sekeliling. Apabila kaum perempuan berasa tergugat dan terancam, perasaan cemburu secara automatiknya akan wujud dalam hati mereka. Hal ini mungkin terjadi kerana kaum perempuan ingin memastikan hak mereka sentiasa terjamin. Hak yang dimaksudkan ialah kasih dan sayang lelaki terhadap perempuan dan kasih sayang tersebut tidak boleh dikongsi bersama perempuan lain. Perkara yang sama turut terjadi terhadap kaum lelaki apabila mereka berasa terancam.
Perasaan cemburu muncul disebabkan oleh pelbagai perkara seperti wujudnya gangguan orang ketiga dalam hubungan atau munculnya seseorang yang layak bersaing dengannya untuk merebut cinta si jejaka atau si perempuan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan diri mereka berasa terancam dan sentiasa berada dalam keadaan cemas. Kerisauan yang keterlaluan akan wujud dalam diri sehingga menyebabkan pelbagai masalah yang lain timbul.
Namun, kita tidak boleh salahkan individu tersebut seratus peratus. Apa yang dilakukannya hanyalah untuk mempertahankan haknya sahaja. Niatnya cuma satu sahaja iaitu cinta yang diberi dan diterima itu tidak boleh terputus begitu sahaja malah dia juga tidak mahu hubungan cinta hancur akibat gangguan sekeliling.
Kaum lelaki mungkin akan berasa rimas dengan perempuan yang kuat cemburu ini. Tetapi, percayalah, perempuan sebenarnya tidak mempunyai niat untuk mengawal dan mengongkong hidup lelaki yang disayanginya. Perempuan langsung tidak mempunyai niat untuk cemburu namun akibat ingin melindungi hak mereka, perasaan cemburu itu akan muncul. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing ingin memastikan kekasih yang dipuja sekarang akan tetap menjadi milik mereka sehingga ke akhir hayat.
Mungkin ini merupakan salah satu punca mengapa terdapat segelintir manusia yang sanggup membunuh pasangan sendiri. Kerana cemburu! Bahaya bagi individu yang gagal mengawal cemburu dan keadaan akan menjadi parah bagi individu yang berada di sekelilingnya. Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perasaan cemburu menguasai minda adalah dengan mengamalkan sikap saling percaya antara satu sama lain. Cuba berfikiran terbuka dan positif walaupun hati cuba untuk menghasut supaya berfikiran negatif. Perkara penting yang perlu diingat ialah SEKIRANYA ADA JODOH DAN MEMANG DITAKDIRKAN UNTUK BERSAMA, SEJAUH MANA DIA PERGI, DIA TETAP AKAN KEMBALI UNTUK BERSAMA DENGAN ANDA. (:

p/s: Ape pendapat korang?? Lelaki ke perempuan yg kuat jelous ni?? Kalau aku, aku akan pilih lelaki... yeahh... huhuhuhuhu.. :p 

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Wednesday 26 October 2011

Rewind Story

Assalamualaikum sumer... n happy deepavali.. :)
Mesti ramai yang cuti hari ni kan??? So korang da ada plan ke nak g memana??? Lau xde, dok je depan lappy ni pastu baca belog aku ni.. hehehehehe... :p
Okeylah semalam aku janji nak story sal aku selama 2 mnggu aku tak hapdate belog aku ni.. so, jom kita layannnn...... ^_^

LANGKAWI ( 31/09/11-02/10/11 )

Ha.. aku pernah cakap ngan korang kan aku nak g holiday kat langkawi.. sepatutnya aku pergi pada 29/09 tapi disebabkan pada hari tu aku kena pergi medical checkup untuk keje baru aku so, aku terpaksa tunda tarikh.. Then aku pergi pada 30/09 dan aku samapai sana pada 31/09.. Tapiiiii..... Adesss... korang nak tau tak?? Aku boley terlepas stesen Arau yg sepatutnya aku turun.. Terpaksa la aku tururn kat Padang Besar then tukar tren ke Arau semula.. Lau di ingatkan memang kelakar giler masa tu.. hahahahaha..
Oh ya.. Aku kesana pun tuk menjadi urusetia bagi Biro Tatanegara @ BTN.. Korang pernah dengar tak?? X pernah?? Nanti tanya pakcik google yer.. hehehehe.. Nanti aku share pic aku kat sana yer... :)









START MY NEW JOB ( 03/10/11 )


So... Aku balik je dari Langkawi, bermulalah episod baru aku di tempat keje baru aku iaitu di EXPRESS RAIL LINK SDN BHD.. Ala tren yang ke airport tu la.. aku keje sebangai Ticketing officer.. Lau nak tau rujuk story2 aku yg sebelum ni sebab aku da share sal keje baru aku ni.. hehehehe.. Layan jer pic kat bawah ni yer.....







ha ni lah kawan baru aku.. Sis Nurul, Eqa n Shira... 

HIKING AT HUTAN LIPUR BEKELAH ( 14,15,16/10/11 )

Nilah aktiviti favourite aku.. berhiking.. n kebetulan masa ni aku cuti, so sempat la follow dorang tapi lepas ni aku da xley ikot coz keje baru aku ni, selama 3bulan aku xley mintak cuti... uwaaaaa.... :( sedey kot.. huk3.. Tapi xpe, after 3bulan aku akan aktif balik.. hehehehe.. So kami bertolak dari KL pada 14haribulan malam.. n kami samapi ke Pahang pada 15haribulan.. subuh2 lagi.. hehehe... so aku bermalam di sana selama semalaman.. perghh.. mmg best giler r.. aku tak nak cakap banyak korang tengok jer pic2 nanti.. baru korang tau best ke x... check it outtt.... :))












P/s: Syokkan?? hehehehehehe

Okeylah.. ni jer nak share ngan korang.. lau ada cite terkini lagi t aku share lagi.. hehehehe... daaaa.....



Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Tuesday 25 October 2011

Welcome Back!!

Hye korang sumer.. korang chat tak?? Lama giler aku tak hapdate blog aku ni.. banyak cite yang aku nak share ngan korang.. Tapi bukan malam ni la sebab aku penat.. Baru balik keje.. So besok nanti aku share cite aku sepanjang 2 mggu aku x menghapdate blog aku ni sebab ketiadaan intenet kat umh aku.. hehehehe..
So tunggu je la perkembangan esok yer.. sekali ngan gambar2 t aku share ngan korang.. Nak simpan tenaga la malam ni coz sok nak menaip panjang ni.. hahahahaha.. Lau korang da story best2 ke, ley gak share ngan aku kan..
Oh ya.. kepada kawan2 yang follow me tu, THANK U SO MUCH.. I REALLY APPRECIATE THAT... Lau ada yang sy tak follow balik tu, sila ingatkan yer, almaklumlah da tua.. hehehehehe.. :)
Klah da malas nak type panjang2.. sampai cni je larat.. huhuhuhuhu... Daaaaa....

p/s: Wat kawan2 yang beragama hindu, HAPPY DEEPAVALI... :)
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...