Love U Guys

Monday 26 September 2011

Pemakaian legging... sesuai @ tidak??

Assalamualaikum semua.. Hari ni aku ada benda nak share ngan korang and mintak pendapat korang.. Tapi jangan salah anggap plak.. Aku bukan mengutuk atau yelah mempersendakan tapi just untuk berkongsi ngan korang semua.. Artikel ni aku jumpa masa aku ngah blogwalking.. Korang baca and bagi pendapat korang...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t
Sambil berblogwalking tadi terjumpa pula satu blog dan artikel yang mengadakan "kempen
membantah pemakaian legging di kalangan wanita Islam.. "
Hari ni di mana saja kita pergi pasti kita akan terlihat ramai yang memakai legging... Makcik 
jual nasi lemak pakai legging, Muslimah pakai legging bersama tudung... Artis melayu dalam TV pakai tudung pown pakai legging.. Ibu dan anak sama2 pakai legging pergi shopping.. Gadis salun muslimah pakai legging keluar masuk kedai... Butik muslimah pamer patung pakai tudung pakai legging... Beli juadah berbuka di bulan Ramadhan pun pakai legging ketat... Apa pendapat korang tengok fenomena macam ni??? 
sabda rasulullah s.a.w

"akan datang umatku diakhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, diatas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu kedalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.. " (sokhih bukhori)

Tidak semua orang "makan" nasihat. Maksudnya, ramai wanita islam pemakai legging di luar sana adalah jenis tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat yang dilambakkan pada mereka?? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini makin menjadi-jadi?? 

Jom kita tengok antara yang terkandung dalam blog tersebut:


Berpakaian tidak menepati agama adalah maksiat dan dosa....
Secara mudahnya berpakaian hendaklah menutup aurat sebagaimana ketetapan
agama, memenuhi konsep menutup aurat seperti tidak terlalu menampakkan bentuk anggota badan, 
terlalu ketat, terlalu nipis, dan sebagainya ditempat awam.. Rekaaa pakaian dan fesyen semasa tidak ada 
masalah padanya jika dipakai ditempat yang sepatutnya, malah seorang isteri boleh berbikini bersama suaminya didalam rumah. Bikini tidak salah dan tidak barat, legging tidak salah dan tidak budaya barat. 
Ianya cuma bentuk pakaian. Apa yang salah ialah pemakaian di tempat awam. tempat terbuka, dan ketika bersama yang bukan muhrim...

Orang Barat yang bukan Islam tu pun kata LEGGINGS tu lucah..
LEGGINGS itu menjatuhkan maruah perempuan.. 
Kenapa tidak di Malaysia?? 

p/s: Aku bukanlah baik sangat sebab aku pun pakai gak LEGGING n aku bukan seorang yg menutup aurat. tapi bagi aku, lau nak tutup aurat, ttuplah betul2 janganlah hanya sekadar berfesyen...Bg perempuan bertudung, jangan lah pakai.. Sebab memang tak sesuai pun untuk yang bertudung.. Korang janganlah salah tafsir lak ape yang aku share kan ni.. Aku bukan nak menjatuhkan maruah wanita bertudung tapi, aku sekadar tuk berkongsi.. Kalau korang rasa artikel ni salah then korang ley abaikan.. Kepada yang tersinggung, aku minta maaf.. 

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...