Love U Guys

Wednesday 29 February 2012

Jangan Biar Hati Derita

Aku serik.. Serik tuk bercinta.. Kenapa?? Sebab aku dah tak sanggup nak hadapi setiap kekecewaan. Bahagia hanya sementara, tetapi derita berpanjangan. Aku pun tak tau. Kenapa susah sangat tuk aku kecap kebahagian. Tapi aku sedar, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk aku. Dan aku harus bersabar tuk itu. Bercinta dan kecewa banyak memberi pengalaman dalam hidup aku. Dari situ aku belajar menjadi wanita yang lebih kuat. Yang mampu mengharungi setiap cabaran dugaan yang mendatang dalam hidup aku. Kerana aku tau Dia sentiasa bersama aku, memerhatikan aku.

Perjalanan cinta aku sentiasa berakhir dengan kekecewaan. Aku sendiri buntu. Aku sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai bahagia, tetapi mengapa aku tetap derita. Aku tak menyalahkan sesiapa, mungkin semua kekurangan datangnya dari aku. Aku pasrah. Kadang terfikir, biarlah aku sendiri, tanpa insan bergelar lelaki. Tetapi aku perempuan punyai naluri untuk dibelai, dimanjai. Ah.. aku tak tahu apa aku harus lakukan. Apakah aku harus mencari dan terus mencari atau menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba?? Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Aku tak ingin hatiku menderita lagi. Aku hanya ingin bahagia dalam hidup. Bercinta, berkahwin, hidup bersama insan yang ditakdirkan untuk aku. Dan aku menunggu untuk saat itu. Pada insan yang senasib dengan aku, bersabarlah kerana Allah itu maha adil....
Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...