Love U Guys

Sunday 4 September 2011

Noramfaizul Mohd Nor

Assalamualaikum...

Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa yang tertembak di Somalia iaitu arwah NORAMFAIZUL MOHD NOR., 41tahun, yang juga merupakan jurukamera Bernama TV.. Dia telah menghembuskan nafas yang terakhir dia Somalia akibat terkena peluru sesat akibat peperangan di sana.. 


Kejadian tembakan berlaku pada 03/09/2011 kira-kira pukul 10.30 malam (waktu malaysia) dan beliau meninggal dunia pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia.. Ketika kejadian di Mogadishu tersebut, beliau dan ahli media dalam perjalanan untuk menghantar rakaman yang dirakam sebelum itu..


Seperti yang kita semua ketahui, negara Somalia sedang menghadapi krisis makanan dan kebuluran yang meragut ribuan nyawa tiap hari. Tapi negara itu juga merupakan salah satu negara PALING BERBAHAYA di dunia kerana keadaan politik yang tak stabil dan kes yang selalu kita dengar adalah kes rompakan lanun Somalia di Teluk Aden... 


Harap misi bantuan dari negara kita tidak akan berlaku lagi kejadian2 yang tidak diingini. Al-Fatihah....




SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.. 
AL-FATIHAH...

p/s: setiap yang hidup pasti akan mati... 

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...