Love U Guys

Friday 9 September 2011

Ciri-ciri wanita idaman lelaki..

Assalamulaikum...

Hallooo... Hehehe.. Nak kongsi rahsia ngan korang sumer ni.. 
Tapi.. For WANITA only hoccay... Tapi lau lelaki nak baca pown xde hal.. 
Okey.. kepada kaum wanita yang belum berpunya @ berkahwin lagi tu ley la
renungkan ape yg aku nak share ni.. ( termasukla aku gak.. hehehe.. )
So mari kita layan ciri-ciri wanita idaman lelaki ni... Zassss....

BERPEGANG KEPADA AGAMA

Wanita yang berpegang pada agama mempunyai keperibadian yang unggul. 
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat 
martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi lelaki. Dia tidak akan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah.
Memang beruntung mana2 lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini... 

KECANTIKKAN DALAMAN

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakkannya
tetapi mempunyai prinsip dalam hidup.. Inilah kecantikkan dalaman yang dicari
oleh ramai lelaki.. Kalau cantik itu dikira BONUS..
Wanita yg mempunyai kecantikkan dalaman tidak akan sesekali menjual
maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang.. 
Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat
sesuatu semata-mata mahukan harta dan kekayaan..

MANJA

Lelaki suka wanita yang keanak-anakkan atau yang ada sifat manja,
supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. 
Tapi, sifat manja keanak-anakkan yang melampau tak sesuai,
menampakkan wanita itu seperti kurang matang..

PANDAI MENJAGA KECANTIKKAN

Lelaki menginginkan wanita yg pandai menjaga kecantikkan dirinya.
Wanita dan kecantikkan memang susah nak dipisahkan.
Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan 
penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yg 
pandai menjaga kecantikkan, kerana ia akan membuat mereka bangga..

BERAKHLAK MULIA

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah..
Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih, dan penyokong kepada suami.

TIDAK MEMPAMER KESEKSIAN

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita,
namun tak suka menjadikannya isteri kerana keindahan wanita itu 
seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki..

TIDAK CEREWET

Lelaki suka pada wanita yg tidak cerewet.
Mengapa pula? Sebab wanita yg cerewet boleh merimaskan 
dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. 
Biasanya wanita yg cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak 
disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.. 
"Mengomplen" aje kerjanya... Upppsssss...

MEMAHAMI LELAKI

Wanita yg memahami hati lelaki biasanya mempunya intuisi
yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu 
memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata,
tanpa perlu cakap, dia sudah dapat membaca riak muka suaminya.
Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

SEJUK MATA MEMANDANG

Wanita yg manis wajahnya dan sjuk dipandang mata akan 
mendamaikan perasaan seorang lelaki. Camne ciri-ciri wanita yang 
sejuk mata memandang ni??? hah ni dia.. 

BERSOPAN SANTUN
SENTIASA MEMANISKAN WAJAH
SENTIASA SENYUM
MENUTUP AURAT
RAMAH DAN MESRA
TIDAK TERLALU CEMBURU
MENGHORMATI ORANG LAIN







Hah.. tulah ciri-ciri wanita yg menjadi idaman lelaki. Moga ape
yg sy kongsikan ini bermnfaat pada kamu dan termasuk juga saya..
Maklumlah kita ni insan biase je.. kadang2 tak terlepas dari kesilapan. 
Semoga ini akan menjadi kayu pengukur pada kamu dan pasangan kamu..

Satu lagi tips.. sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta 
ape yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan 
diri step by step dan fahami bahawa kelemahan itu
wujud supaya kita tahu ape kekuatan diri kita. 

Apalagi, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada 
untuk mencipta kecemerlangan..

p/s: Aku pun nak jadi wanita solehah jugak.. Tapi............................. 

~EyazzYaacob~


Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...