Love U Guys

Friday 19 August 2011

Kesan Akibat Tido Lewat!!

Assalamualaikum..

Hurm.. Artikel ni aku cilok dari laman pakcik google yg bertajuk "DON"T ALWAYS SLEEP LATE".. Tapi aku dah translate kut bahasa melayu ler, senang nak baca almaklumlah aku ni bukan pandai BI pom.. Hik3.. ( tentiu mr.Google.. muahahahah.. )

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?? 

Tido yang nyenyak dan sempurna sangatlah penting.. Jika kite tak tido ngan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita... 

Punca utama kerosakkan hati adalah :

1. Tido terlalu lewat & bangun  lambat adalah penyebab utama..
2. Tidak buang air kecil di pagi hari..
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, bahan pewarna, dan perasa tiruan.
7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak 
    walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil
    makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul2 
    fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran 
    seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian saja. Sayuran yang dimasak harus dimakan 
    dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. 

Kerana........

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi..

Malam (9pm-11pm): adalah masa untuk menyahkan / membuang toxic chemicals ( de-tixification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaxs seperti mendengar music. Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan @ mengawasi anak2 membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif kepadanya.

Malam (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tido nyenyak..

Tengah Malam (1am-3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tido nyenyak..

Tengah Malam (3am-5am): Prose de-toxification di bahagian paru2. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ia akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut. 

Awal Pagi (5am-7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am-9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pd masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan haruslah lebih awal iaitu sebelum pukul 6.30pg. Makan pagi sebelum 7.30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am itu masih lebih bagus daripada tak bersarapan langsung. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan menganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. 

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna & jangan tidur terlampau lewat. 

Sharing is caring~~

p/s: Pesanan tuk diri aku gak cz mmg selalu tido lewat tapi aku bangun awal.. hehehehehe

~EyazzYaacob~



Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...