Love U Guys

Friday 19 August 2011

Senaman Kempiskan Perut.. =p

Yehaaa... hah aku nak share something ngan korang ni.. yang ada masalah cam aku.. hik3.. Senaman tuk kempiskan perut yang muncitt... ( adesss.. malu aku.. ). tapi ni tuk kebaikkan kita semua gak.. yang tak muncit pown ley wat gak senaman ni.. yela tuk memaintainkan badan korang gaks.. So check it out:

Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, ikutilah 4 senaman yg boleh diamalkan setiap hari:

A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.


Senaman knee circle 1.

* Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

4. Kemudian gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Senaman knee circle 2.

* Pada posisi ini juga, cuba tahan dalam kiraan 5.

6. Seterunya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai. 

Ulangi senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no 4. Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Dimana setiap satu set mengandungi   
10-15 ulangan pergerakkan. 

B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.
2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala kesebelah kiri bahagian bawah badan.

Senaman side chop 1.

* Pastikan ketika tangan berada di sisi badan lutut anda tetap menghala ke arah depan. 

5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

Senaman side chop 2.

Ulangi senaman ini sebanyak 2 set dimana 10-15 kali ulangan pergerakkan untuk setiap set. Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan.

C. Back Extension

1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.
2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.
3. kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama angkat juga kaki kanan.

Senaman back extension

4. Semasa berkenaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan 5.
5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas.

Lakukan sebanyak 2 set dimana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.

D. Upper Body Crunch

1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.
2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan disisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.
3. Kemuadian. tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.
4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang ke kanan sehinggalah  terasa seperti ada tarikan.
5. Tahan dalam kiraan 5.
6. Selepas itu, kembali ke posisi asal secara perlahan-lahan.
7. Anda ulang semula semua langkah tetapi tukarkan ke posisi sebelah kiri. Tahan dalam kiraan 5.
8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan kekanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan. 

Ulangi senaman ini sebanyak 2 set dimana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. :)

p/s: SELAMAT MENCUBA YER!!

~EyazzYaacob~

Jangan Segan Jangan Malu Nak LIKE Yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...